Followers

Thursday 13 December 2012

Perdana Menteri Malaysia ke-5
Tun Abdullah Ahmad Badawi

Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dilantik menjadi 
Perdana Menteri Malaysia yang ke-lima pada 31 Oktober 2003. 
Tun Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November 1939 
di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang. 
Tun Abdullah  menerima pendidikan menengah di 
Sekolah Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, 
Pulau Pinang. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian di 
Universiti Malaya dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera 
dalam bidang Pengajian Islam pada tahun 1964.
Setelah tamat pengajian,Tun Abdullah menyertai
sektor perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausahadi Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada tahun 1969, Tun Abdullah berpindah ke Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk mentadbir negara yang ditubuhkan selepas rusuhan kaum pada Mei 1969. Tun Abdullah kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, sebelum menjadi Timbalan Ketua Setiausaha di Kementerian yang sama pada tahun 1974. Tun Abdullah menyertai UMNO pada tahun 1964. Tun Abdullah mula bergerak aktif dalam arena politik setelah dipilih menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas pada tahun 1978 dan beliau berjaya mengekalkan kerusi parlimen tersebut sehingga kini. Tun Abdullah adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO semenjak 1981. Tun Abdullah telah dipilih memegang jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 1984, 1987 dan 1990, dan dipilih semula untuk jawatan tersebut pada tahun 1996. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000,Tun Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2000 - 2003.Tun Abdullah pernah memegang jawatan-jawatan penting dalam beberapa kementerian. Tun Abdullah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (1978-80), Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan (1980-81), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84), Menteri Pelajaran (1984-86) dan Menteri Pertahanan (1986-87). Pada 15 Mac 1991, Tun Abdullah dilantik sebagai Menteri Luar sehingga Januari 1999. Seterusnya, Tun Abdullah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada Januari 1999, sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri. Selain itu, Tun Abdullah juga adalah Menteri Pertahanan.Tun Abdullah telah mendirikan rumahtangga dengan Allahyarham Datin Seri Endon Dato' Mahmood pada tahun 1965. Setelah 40 tahun bersama, Datin Seri Endon telah meninggal dunia akibat penyakit kanser pada 20 Oktober 2005. Mereka mempunyai 2 orang anak dan 5 orang cucu. Tun Abdullah kemudiannya berkahwin dengan Datin Seri Jeanne Abdullah pada 9 Jun 2007.
Datin Seri Jeanne mempunyai 2 orang anak perempuan.
Perdana Menteri Malaysia ke-6
YAB Dato'Sri Mohd Najib bin Abdul Razak

Dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang,
Dato’ Sri Najib merupakan putera sulung kepada Perdana Menteri Kedua,
Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan pasangannya Tun Rahah Mohd. Noah.
Dilahirkan dalam keluarga lima beradik, empat yang lain adalah
Ahmad Johari, Mohd Nizam, Mohd Nazim dan Mohd Nazir.
Dato’ Seri Najib mendapat pendidikan rendah dan menengahnya di
St. John. Institute, Kuala Lumpur. Di zaman persekolahannya,
beliau menjalani kehidupan seperti kanak-kanak yang lain.
Beliau gemar bermain bola sepak dan basikal. Apabila menginjak dewasa,
beliau mula berjinak-jinak dengan permainan golf, dan soccer.
Pada tahun 1974, dengan menggenggam Ijazah Ekonomi Industri,
Dato’ Sri Najib memulakan kariernya sebagai eksekutif dengan
Perbadanan Petroleum Nasional (PETRONAS) yang baru ditubuhkan oleh kerajaan
pada ketika itu. Biarpun, pada mulanya, Allahyarham ayahandanya,
menginginkan beliau menceburi bidang perakaunan,
namun minat dan kecenderungannya menjurus ke arah politik.
Pertama kali Dato’ Sri Najib menjejakkan kakinya ke dalam bidang ini ialah
selepas ayahandanya Tun Razak meninggal dunia.
Sebagai mengenang jasa Tun Razak kepada kepimpinan negeri dan negara,
UMNO Pahang kemudiannya sepakat meletakkan Dato’ Sri Najib
sebagai ahli Parlimen Pekan.
Malah, bukan sahaja Pengerusi Badan UMNO Negeri menyokong cadangan itu,
Sultan Pahang turut memperkenankan pelantikan itu.
Mula menceburi bidang politik sewaktu berusia 23 tahun
setelah dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO,
kawasan Pekan, Pahang. Kini, setelah 33 tahun beliau berkhidmat
bersama-sama UMNO, tanggal 28 Mac 2009, beliau diangkat sebagai
peneraju UMNO. Mengikut jejak langkah ayahandanya,
Allahyarham Tun Abdul Razak, beliau tekad bangun mempertahankan
perjuangan UMNO untuk negara tercinta.
Nama: Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak
Tempat Kelahiran : Kuala Lipis, Pahang
Tarikh Lahir: 23 Julai 1953
Umur: 57 tahun
Nama Isteri: Datin Seri Rosmah Mansor
Anak: Noryana Najwa
        Norashman Razak

Latar Belakang Pendidikan:
• St. John Institution, Kuala Lumpur
• Malvern Boy’s College di Worchestershire, England
• Sarjana Muda Kepujian Ekonomi Industri daripada Notthingham University, United Kingdom


Perdana Menteri Malaysia-4
Tun Dr.Mahathir Mohamad

Pendidikan

Tun Dr. Mahathir dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925. Putera kepada pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini dilahirkan di rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan anak bongsu dikalangan sembilan(9) orang adik-beradik. Dr. Mahathir memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun 1930 selama dua tahun. Beliau melanjutkan pengajian menengah di Goverment English School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan Senior Cambridge yang cemerlang pada tahun 1945. 

 
Perkahwinan

Perkenalan dengan seorang gadis dari Selangor bernama Siti Hasmah Mohd Ali (kini Tun Dr. Siti Hasmah) yang mengikuti bidang pengajian yang sama di King Edward VII Collage of Medicene berlanjutan sehingga mereka menamatkan pengajian masing-masing. Hubungan erat yang terjalin semasa di Singapura telah diakrabkan lagi setelah kedua-duanya diijabkabulkan sebagai suami isteri pada Ogos 1956. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan tujuh orang cahayamata iaitu Marina (kini Datin Paduka Marina), Mirzan, Melinda, Mokhzani (kini Datuk Mohzani), Mukriz ( kini Datuk Mukriz), Maizura dan Mazhar.

Kerjaya

Pada tahun 1957, setelah tamat kontraknya dengan kerajaan, Dr. Mahathir dengan bantuan dan kerjasama Dr. Siti Hasmah telah membuka klinik persendirian yang bernama Klinik MAHA, di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Klinik MAHA merupakan klinik Melayu pertama di Negeri Kedah. Selain daripada perkhidmatan perubatan, klinik MAHA juga telah menjadi pentas untuk beliau menjalankan aktiviti-aktiviti perkhidmatan komuniti setempat. Keperihatinan beliau terhadap masalah ekonomi dan politik Melayu telah diluahkan dalam bentuk rencana-rencana yang diterbitkan oleh Sunday Times di bawah nama pena 'C.H.E Det' antara tahun 1946-1950. Penulisan merupakan satu dari minat Dr. Mahathir hinggalah ke hari ini. Pada tahun 1945, semasa beliau masih dibangku sekolah, Dr. Mahathir telah menjadi penyunting Darulaman, majalah rasmi keluaran Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau juga berkhidmat sebagai penyunting sebuah majalah yang diterbitkan oleh kolej perubatan di mana beliau menuntut. Kegigihan dan semangat untuk menyuarakan pendapat melalui penulisan telah menyebabkan beliau menghasilkan pelbagai jenis penerbitan termasuklah buku "Dilema Melayu" yang diterbitkan dalam tahun 1970.
 
 
Pencapaian dan Sumbangan

Pada tahun 1997, majalah Asiaweek telah menamakan Dr.Mahathir sebagai antara 50 individu yang paling berkuasa di Asia, dimana beliau menduduki tempat kedua dalam senarai yang dikeluarkan oleh majalah tersebut. Penamaan beliau memang tepat kerana ekonomi dunia ketika itu berada dalam kegawatan manakala krisis matawang melanda kebanyakan negara di dunia terutamanya negara-negara di Asia seperti Indonesia, Thailand dan Filipina. Dr. Mahathir berjaya mengawal kegawatan ekonomi dengan menambat ringgit kepada dollar Amerika, satu pendekatan yang mendapat kritikan hebat pada mulanya oleh badan kewangan dunia seperti Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF). Terbukti kesannya, Malaysia adalah satu-satunya negara yang berjaya melepaskan diri daripada belenggu kegawatan tersebut tanpa perlu 'mengikat diri' kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh IMF seperti yang berlaku kepada negara-negara lain di Asia. Malah, Pengurus Besar IMF, Horst Kohler, pernah memuji tindakan yang diambil Dr. Mahathir dalam mengawal matawang negara. Kedudukan beliau sebagai Chief Executive Officer (CEO) Malaysia adalah sesuai dan tepat dengan visi yang beliau rancang dan sasarkan. Dr. Mahathir telah mengubah sektor ekonomi asas negara daripada sebuah negara yang berasaskan pertanian kepada sebuah negara berasaskan perindustrian. Detik-detik awal beliau diamanahkan menjadi Perdana Menteri Malaysia, sektor ekonomi negara pada ketika itu banyak bergantung kepada bahan komoditi utama seperti getah, kelapa sawit, timah dan industri petroleum yang masih lagi diusahakan secara kecil-kecilan.

 
 
Memandangkan komoditi tidak dapat membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, maka pada awal tahun 1980-an Dr. Mahathir telah membuat keputusan untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara dan sekaligus mengurangkan pergantungan terhadap bahan komoditi. Keputusan yang beliau ambil adalah tepat kerana pada pertengahan tahun 1980-an, harga bahan-bahan komoditi jatuh dengan teruk. Hal ini ditambah pula dengan peningkatan nilai matawang Yen yang menyebabkan berlaku kegawatan ekonomi selama beberapa tahun. Dr. Mahathir telah memperkenalkan dasar Persyarikatan Malaysia iaitu suatu dasar dimana Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyatnya sebagai pekerja dan pemegang saham. Beberapa agensi kerajaan telah diswastakan untuk meringankan bebanan kewangan kerajaan diantaranya Lembaga Letrik Negara dan Jabatan Telekom telah disenaraikan sebagai korporat awam. Persyarikatan Malaysia telah berjaya meningkatkan prestasi, daya pengeluaran serta imej negara. Di antara langkah-langkah lain, ialah peningkatan pembagunan industri berat seperti penubuhan industri otomotif negara, yang menunjukkan kereta-kereta dan motosikal nasional adalah yang terlaris di Malaysia. Usaha beliau ke arah meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pemilikan saham sektor perusahaan dan perdagangan dengan penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham Nasional serta Amanah Saham Bumiputera dan beberapa saham amanah dalam porfolio PNB. Masalah kewangan sering menjadi perhatian beliau dan antara tugas penting beliau adalah memastikan perbelanjaan kewangan negara berada dalam keadaan terkawal. Dasar penswastaan negara ialah contoh pengurusan kewangan beliau yang agak memberangsangkan walaupun mencetus kontroversi di awal perlaksanaannya. Dasar yang diperkenalkan di penghujung tahun 1980-an ini bertujuan mengurangkan perbelanjaan oleh pihak kerajaan di samping memberi perkhidmatan yang lebih baik.

 
 
Dasar ini juga membawa perubahan yang sangat besar terutamanya dalam bidang teknologi kerana pihak-pihak yang terbabit perlu mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi untuk memastikan perkhidmatan yang ditawarkan murah tetapi bermutu tinggi. Selain projek kereta nasional, satu lagi projek besar (mega project) hasil cetusan beliau ialah Koridor Raya Multimedia [Multimedia Super Corridor (MSC)]. Projek ini ilhamkan dan direalisasikan memandangkan peri pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam dunia perdagangan masa kini dan masa depan. Projek-projek besar yang dibangunkan dan direalisasikan semasa pentadbiran beliau antaranya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Stadium Nasional Bukit Jalil, Litar Antarabangsa Sepang, tempat perlumbaan sukan permotoran berprestij Formula One dan Menara Berkembar Petronas(KLCC). Projek-projek ini secara tidak langsung berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara sedang membangun yang dikenali dunia. Malah corak pentadbiran dan ketegasan yang ditunjukkan oleh Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri menyebabkan negara ini disegani dunia. Sepanjang tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke persada kecemerlangan. Malaysia telah melalui pelbagai pembaharuan fizikal, mental dan sosial. Malaysia telah menjadi negara yang disegani dan dihormati di pentas dunia. Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia.

 


 


 


 
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


 
 

 

Tuesday 4 December 2012

Biodata Perdana Menteri Malaysia ke 3
Y.A.B Tun Hussein bin Dato' Onn 
Tun Hussein Onn dilahirkan pada 12hb. Februari, 1922 di Johor Bahru.Beliau adalah anak sulung Datuk Onn bin Ja'afar dan
Datin Halimah binti Hussein yang mempunyai lapan orang anak.
Beliau mendapat didikan awal di Singapura dan pelajaran
menengahnya di English College, Johor Bahru.
Selepas tamat sekolah pada tahun 1940, beliau berkhidmat sebagai
kadet dalam Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor.
Pada awal tahun 1941, beliau dihantar ke Akademi Tentera
di Dehra Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942.
Selepas itu beliau menyertai Regiment Hydrabad Ke 19 di India.
Apabila perang dunia kedua meletus, beliau berkhidmat di Timur Tengah.Setelah peperangan tamat beliau dihantar ke India di Bahagian Perisik Tentera di Markas Tentera, New Delhi. Memandangkan kepada pengalamannya yang luas, pihak British melantiknya menjadi jurulatih di Pusat Rekrut dan Latihan Polis Malaysia di Rawalpindi.Ketika itu beliau berpangkat Kapten.

Beliau pulang ke Malaya pada tahun 1945 dan bertugas sebagai
Komanden Polis Depot, Johor Bahru. Selepas enam bulan di dalam
perkhidmatan tentera di Malaya, beliau memasuki Perkhidmatan
Pentadbiran Melayu sebagai Penolong Pegawai Pentadbir di Daerah Segamat dan kemudian sebagai Pegawai Daerah di Kuala Selangor dan Kelang.
Ketika itu British sedang mengemukakan rancangan Malayan Union dan Datuk Onn sendiri memainkan peranan penting menentang
Malayan Union dengan menubuhkan UMNO.
Berjuang di samping bapanya, Hussein Onn telah meletakkan
jawatannya sebagai Pegawai Daerah untuk turut serta dalam
kegiatan politik UMNO. Datuk Onn telah memberikannya tugas
sebagai Ketua Pemuda UMNO yang dikenali sebagai
Perikatan Pemuda UMNO dan seterusnya dalam tahun 1950
beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO dan
bertugas sepenuh masa. Beliau juga telah dilantik menjadi
Ahli Majlis Undangan Negeri Johor dan Majlis Undangan Persekutuan.
Semasa darurat beliau dilantik menjadi Pegawai Penjaga Pasukan
Kawalan Kampung di Johor. Tun Hussein keluar dari UMNO mengikut bapanya,
setelah tercetus satu krisis dalam parti pada bulan Ogos 1951.
Seterusnya Datuk Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya,
malangnya parti itu tidak mendapat sambutan. Sewaktu bersara dari politik,
beliau telah pergi ke London untuk belajar undang-undang di Lincoln's Inn,
England dan telah lulus sebagai seorang peguam pada tahun 1958.
Pada tahun 1968 atas desakan Tun Abdul Razak, Hussein Onn
kembali menyertai UMNO. Pada bulan Jun 1969 beliau dilantik menjadi
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, dan dalam tahun yang sama beliau telah memenangi pilihanraya umum di kawasan Parlimen Johor Bahru Timur,dan dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada 22 September, 1970.
Sebagai Menteri Pelajaran beliau telah menghadapi beberapa isu
penting yang berkaitan dengan pelajaran, termasuk mengenai
masalah keciciran di kalangan penuntut-penuntut sekolah.
Pada masa ini juga satu perjanjian antara Malaysia dan Indonesia
mengenai sistem ejaan baru telah diadakan di Kuala Lumpur.
Pada tahun 1972, Tun Hussein telah dipilih sebagai salah seorang Naib Presiden UMNO.
Pada 13 Ogos 1973 pula, beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri
menggantikan tempat Tun Dr. Ismail yang telah meninggal dunia.
Beliau juga menjawat jawatan Menteri Kewangan dan
Menteri Penyelarasan Perbadanan Awam. Pada 14 Januari 1976,
Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-3
menggantikan Tun Abdul Razak yang juga telah meninggal dunia.
Berikutnya, beliau mengumumkan satu Kabinet baru yang agak
memeranjatkan, di mana peluang-peluang yang luas diberi kepada
tokoh-tokoh muda dalam UMNO untuk memegang jawatan-jawatan penting.Beliau telah memilih Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad sebagai Timbalannya.
Dalam soal luar negeri, seperti juga dengan pemimpin-pemimpin sebelumnya,
 Tun Hussein Onn terus mengadakan perhubungan yang baik antara
Malaysia dengan negara-negara luar termasuklah negara- negara barat
dan lain-lain anggota ASEAN. Pada akhir tahun 1977,
krisis melanda Kerajaan Kelantan, berikutan dengan penyingkiran
Datuk Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan.
UMNO telah menunjukkan jalan-jalan kepada PAS bagaimana
menyelesaikan krisis itu tetapi tidak dihiraukan oleh pucuk pimpinan PAS.Kerana krisis itu mungkin membawa kepada keadaan huru hara,Tun Hussein Onn telah mengistiharkan darurat di negeri tersebut.Dalam bulan Mac 1978, satu pilihanraya diadakan bagi Negeri Kelantan,yang mengembalikan kerajaan Barisan Nasional setelah 18 tahun berada di tangan parti pembangkang.
Dalam pilihanraya umum yang diadakan pada tahun 1978,
Barisan Nasional yang bermanifesto "A man whom you can trust"
(Tun Hussein) telah beroleh kejayaan yang cemerlang dengan
131 kerusi daripada jumlah 154 kerusi Parlimen,
di samping menguasai semua kerajaan-kerajaan Negeri.
Dalam pergerakan UMNO, Tun Hussein Onn berusaha sedaya upaya
bagi mengekalkan perpaduan di kalangan ahli-ahli dan pemimpin pemimpin supaya parti dapat menghadapi cabaran-cabaran yang timbul.Selaku seorang yang tegas pendiriannya, telah mengambil beberapa tindakan bagi menghapuskan perbuatan rasuah dalam Kerajaan ataupun parti.Di samping itu beliau telah menerima desakan dari ahli-ahli supaya menghapuskan elemen-elemen yang disyaki terlibat dalam kegiatan-kegiatan pro-Komunis.
Biodata Perdana Menteri Malaysia ke 2

Biodata
Nama  : Tun Abdul Razak bin Datuk Hussein
Lahir : 11 Mac 1922,
di Kampung Pulau Keladi, Pekan, Pahang.
Pendidikan : Sekolah Melayu Langgar, Pekan.
Maktab Melayu Kuala Kangsar, MCKK.
1940  - Raffles College Singapura - Pentadbiran
1947 - Ke England sebagai Queen's Scholar di bidang Undang-Undang.
1950  - Lulus LLB. (Hons) dari Lincoln's Inn, Barristar at Law.

Kerjaya
1952 - Setiausaha Kerajaan Pahang.
1955 - Menteri Besar Pahang, Meletak jawatan -
bertanding pilihanraya pertama dan menang,
 Menteri Pelajaran Pertama PTM. Mengeluarkan Penyata Razak
yang menentukan sistem Pelajaran Negara pada 16.05.1956.
Bergelar Bapa Pembangunan Luar Bandar kerana
usaha gigih beliau naikkan taraf luar bandar.
1970 - 22 September dilantik menjadi Perdana Menteri Malayisa.
 Pemimpin yang berhemah tinggi, jujur dan amat disegani.
14 Januari 1976, Tun Abdul Razak telah kembali ke
rahmatullah di London.
Jenazahnya dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Negara.
Biodata Perdana Menteri Malaysia ke 1
Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

1903: Dilahirkan pada 8 Februari di Istana Tiga Tingkat,
Alor Setar yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin.
1913 (umur 10): Beliau dihantar ke Bangkok untuk menetap
 bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid,
iaitu abang sulung Tunku Abdul Rahman.
Tunku belajar di Sekolah Debsirindir, Bangkok.
1916 (umur 13): Pulang ke Kedah dan memasuki
 Penang Free School.
1919 (umur 16): Belajar di England.
1925 (umur 22): Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera
(Sejarah) dengan bantuan dan kerjasama dari sahabatnya Taib Andak.
1927 (umur 24): Dihantar semula ke England untuk
belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya
tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu.
1930 (umur 27): Lulus semester pertama, jurusan
undang-undang di Inner Temple.
1931 (umur 28): Berkhidmat sebagai pegawai latihan di
Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah dengan gaji sebanyak
RM300.00 sebulan, dan kemudiannya sebagai
Penolong Pegawai Jajahan di Kulim.
1932 (umur 29): Berkhidmat sebagai Pegawai Jajahan
di Kuala Nerang.
1933 (umur 30): Berkahwin dengan Mariam, gadis kacukan
Cina-Siam, anak tauke lombong Cina di Alor Setar. Akhir 1933,
Mariam melahirkan anak perempuan dan dinamakan
Tunku Khatijah ibni Tunku Abdul Rahman. Kemudian anak lelaki
bernama Tunku Ahmad Nerang ibni Tunku Abdul Rahman.
1934: Mariam meninggal dunia kerana penyakit malaria di Kuala Nerang,
Kedah. Tunku berkahwin dengan kekasih lamanya
Violet Coulson di Geylang Serai, Singapura.
1935 (umur 32): Dipindahkan ke Pulau Langkawi oleh Penasihat British,
Clayton. Selain itu , perkahwinan Tunku dengan
Violet kurang direstui.
1937 (umur 34): Bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani.
Beliau juga bertindak sebagai hakim daerah Sungai Petani dan
Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani.
1938 (umur 37): Pergi ke England buat kali ke-3 untuk
menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang.
Antara temannya ialah Saadon Zubir. Tunku berbaik semula
dengan isterinya yang telah diceraikan , Violet Coulson.
1939 (umur 36): Kembali ke Kedah kerana ada berita perang
akan meletus di Eropah.Berkahwin dengan
Syarifah Rodziah binti Syed Barakbah .
Syarifah Rodziah Syed Syeikh Barakbah ialah
adik rakan sekuliahnya di England iaitu Syed Omar Barakbah.
Perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun.
1940 (umur 37): Dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan
Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.
1941 (umur 38): Jepun menyerang Kota Bharu ,
Kelantan pada 8 Disember.
1947 (umur 44): Berangkat semula ke England untuk
menyambung pengajian * 1948 (umur 45):
Dipanggil ke bar di Inner Temple.
1949 (umur 46): Pulang ke Tanah Melayu. Pada mulanya,
beliau dihantar ke pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star.
Kemudian beliau memohon untuk bertukar ke Kuala Lumpur.
Di Kuala Lumpur, Tunku menjadi Timbalan Pendakwa Raya
dan kemudiannya, dilantik sebagai Presiden Mahkamah Sesi.
1946: Menyertai UMNO.
1951 (umur 48): Menjadi Presiden UMNO pada Oktober sewaktu
 Datuk Onn Jaafar meletakkan jawatan. Menganjurkan
Pertandingan Membaca Al-Quran peringkat negeri
yang pertama di Kedah.
1954 (umur 51): Mengetuai satu rombongan ke England untuk
berbincang bagi menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu,
tetapi kunjungan itu tidak berhasil.
1955 (umur 52): Pilihan raya persekutuan umum yang
 pertama diadakan, dan Parti Perikatan(Barisan Nasional)
memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.
Dengan majoriti ini, Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai
Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama.
Satu lagi rombongan ke London diadakan.
1956 (umur 53): England bersetuju untuk memberikan kemerdekaan
kepada Tanah Melayu. Sebaik pulang dari England,
Tunku mengisytiharkan berita gembira ini buat
kali pertamanya pada 20 Februari di Bandar Hilir, Melaka.
1957 (umur 54): Persekutuan Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos. Memperkenalkan
kejohanan Pestabola Merdeka,
 yang merupakan pertandingan bolasepak antarabangsa.
1958 (umur 55): Dilantik sebagai Presiden pertama
Asian Football Confederation (AFC) (1958 – 1976).
1960 (umur 57): Menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM),
sebuah pertubuhan untuk membantu golongan mualaf dalam
menyesuaikan hidup baru sebagai Muslim.
1961 (umur 58): Memulakan penubuhan Association of
Southeast Asia (ASA) yang menggabungkan Tanah Melayu,
Thailand dan Filipina. Menjadi tuan rumah Pertandingan
Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang pertama.
1963 (umur 60): Membentuk Malaysia pada 16 September,
apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura,
Sarawak dan Borneo Utara (sekarang Sabah).
1967 (umur 64): ASA dibubarkan untuk memberi laluan kepada
 persatuan yang lebih besar, iaitu
Association of Southeast Asian Nations.
1969 (umur 66): Membantu menubuhkan
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantik sebagai
Setiausaha Agungnya yang pertama.
1971 (umur 68): Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri
dan Presiden Umno dan digantikan oleh timbalannya,
Datuk Abdul Razak Hussein.
1982 (umur 79): Menjadi Presiden Majlis Dakwah Serantau
Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) (1982 – 1988).
1990 (umur 87): Mangkat pada 6 Disember, dan disemadikan
di Makam Diraja Langgar di Alor Star.





Wednesday 28 November 2012

Perdana Menteri di Malaysia


Perdana Menteri di Malaysia


  Tunku Abdul Rahman Putra al-haj



Tun Hussein Onn
Tun Abdul Razak
Tun Mahathir Mohd
Tun Abdullah Ahmad Badawi
Dato'Sri Mohd Najib bin Tun Razak